Jennifer Lopez Belum 'Move On', Masih Cintakan Casper

Syafiqah Jalal
November 15, 2016 03:33 MYT
Penyanyi antarabangsa, Jennifer Lopez dilaporkan masih berhubung dengan bekas teman lelakinya, Casper Smart walaupun sudah berpisah pada tahun lalu.
Menurut laporan Aceshowbiz, pasangan itu dikatakan masih mempunyai perasaan cinta dan berkemungkinan akan kembali sebagai kekasih.
"Mereka sering berhubung menerusi telefon dan mesej kerana masing-masing belum melupakan kisah yang berlaku di antara mereka.
"Jangan terkejut sekiranya mereka kembali bercinta," kata sumber.
Jennifer dan Casper mula bercinta pada 2011 namun mereka berpisah tiga tahun kemudian sebelum kembali bersama beberapa minggu selepas itu.
Mereka sekali lagi berpisah pada Ogos tahun lalu selepas Jennifer mendapati Casper curang terhadapnya dengan wanita lain.
Sumber: Aceshowbiz