Hiburan
Jep Akui Sari Yanti Wanita Terpenting Dalam Hidupnya
Pelawak Jep Sepahtu akui Sari Yanti adalah wanita terpenting serta yang memberi kesan dalam hidupnya selain ibunya.
Sempena Hari Wanita Sedunia, Jep telah memberikan ucapan yang ringkas dan manis buat isteri, serta ibu dan arwah neneknya.
Menerusi sebuah video yang dirakam khas oleh kru Astro Gempak, Jep bersama penyampai radio Sepahtu Sinar yang lain iaitu Rahim dan Shuib mengambil peluang untuk memberikan kata-kata yang indah buat insan bergelar wanita.
Sementara itu, Rahim turut memberi ucapan demi menghargai isteri-isterinya serta ibunya yang dikatakan telah menjadi pelengkap hidupnya selama ini.
Shuib pula akui wanita selama ini yang menyinari hidup setiap insan dan dia sangat menghargai isteri, serta ibunya.
Ingin tahu lebih lanjut apakah yang mereka katakan tentang wanita?
Ikuti rakaman dibawah:
Teks oleh Syafiqah Jalal
Must-Watch Video