,
Hiburan

Jep Sepahtu Jarang Post Foto Isteri? Ini Jawapan Sari Yanti

Mya Amri
10/10/2018
06:30 MYT
Pelakon Sari Yanti menjelaskan suaminya, Jep Sepahtu mempunyai sebab tertentu kurang memuat naik swafoto (selfie) mereka di akaun Instagram peribadi milik pelawak terkenal itu.
Sari memberitahu perkara itu di akaun Instagramnya untuk menjawab pertanyaan peminatnya pada Selasa.
Kata Sari, foto yang diambil bersama suaminya ketika berada dirumah kebiasaannya tidak memakai tudung.
“Biasanya bila selfie dekat rumah kakak tak pakai tudung,” jelasnya ringkas. Dalam pada itu, Sari juga turut memberikan kata-kata semangat kepada peminat yang memerlukan sokongan terutama hal berkaitan dengan kehamilan.
“Bertenang saja. Kita mesti ingat… Ini bukan urusan kita. Ini urusan Allah. Orang bertanya itu biasalah, memang sesetengah orang begitu.
“Dorang memang suka bertanya tetapi tidak maksudkan apa-apa. Kita sangka yang baik saja. Chill je,” tulisnya. Terdahulu, Sari telah membuka ruangan soalan untuk menjawab apa sahaja pertanyaan yang diajukan oleh peminat-peminatnya menerusi Insta Story.
Foto: Instagram @sariyanti
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hollywood

Johnny Depp Tayang Gigi Baharu Lepas Dikutuk Kuning

gempak
08/09/2024
21:53 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Johnny Depp kembali menjadi perbualan dalam kalangan peminatnya baru-baru ini.
Berita

Polis Sangkal Dakwaan Pelakon Wanita Siasatan Tidak Ikut SOP

gempak
08/09/2024
05:34 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan dibuat seorang pelakon wanita kononnya pihaknya gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Hiburan

Beri Pandangan Tentang Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Dilabel Penunggang Oleh Netizen

gempak
08/09/2024
04:03 MYT
Susulan kelantangannya bersuara tentang isu Abang Bas, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menerima pelbagai kecaman daripada warganet.
Hiburan

Pelakon Kantoi Dengan Sugar Daddy, Sampai Minta Pembantu Peribadi ‘Deal’ Dengan Isteri Pertama Untuk Redakan Keadaan

gempak
07/09/2024
05:55 MYT
Hanya memperkenalkan artis tersebut sebagai R, Hilmi memberitahu bahawa aktres berkenaan pernah ditangkap oleh isteri pertama skandalnya itu.