Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jersi Baharu Chelsea Dilabel Terburuk Di Dunia

Amri Hassan
22/12/2020 01:47 MYT
Kit ketiga Chelsea untuk musim 2020-21 dilabel sebagai paling buruk di dunia, menurut undian terkini.

Footy Headlines memberikan Blues anugerah yang enggan dimenangi, selepas undian di laman web mereka ditutup awal minggu ini.

Hampir 2,000 orang menyertai undian itu dengan Chelsea 'muncul juara' kit paling buruk di dunia.

Kit ketiga itu meraih 22 peratus atau suku daripada undian keseluruhan sebagai jersi paling buruk manakala tempat kedua dan ketiga turut 'didominasi' oleh kelab Liga Perdana.

Kit Wolves di tempat lawan meraih 14 peratus undian dan kit West Brom pula mendapat 9.9 peratus undian.



Meskipun jersi ketiga itu dilabel paling buruk, namun ia sering membawa tuah kepada Chelsea ketika di atas padang.

The Blues sudah mengenakan jersi itu sebanyak empat kali setakat ini dan mereka tidak pernah tewas sepanjang memakai jersi itu.

Skuad bimbingan Frank Lampard memenangi tiga daripadanya dan satu lagi keputusan seri sepanjang memakai jersi berkenaan.

Sumber: Harian Metro
#Sukan #Bola Sepak #Buruk #Chelsea #Jersi #Third Kit #Undian
;