,
Hiburan

Jeslina Hashim Kini Isteri Kepada Tunku Eddy Nasruan

Amri Hassan
10/08/2024
14:47 MYT
Penyanyi dan pelakon Jeslina Hashim selamat bergelar isteri kepada kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan.
Perkara itu dikongsikan Jeslina menerusi hantaran di Instagramnya pada Sabtu.
“100822024 (tarikh 10 Ogos 2024),” tulisnya ringkas.
Selain itu, sepupu kepada Eddy iaitu Tengku Alana turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dalam majlis pernikahan mereka.
“Tahniah kepada sepupu saya Eddy dan sepupu baharu Jeslina.
“Semoga kamu berdua berbahagia dan terima kasih kerana menjemput kami,” katanya.

BERITA TRENDING: Jeslina Hashim Kini Menghitung Hari, Bakal Berkahwin Dengan Kerabat Diraja Dalam Masa Terdekat - “Majlis Akan Diadakan Di…”

BERITA TRENDING: Didakwa Bakal Kahwini Kerabat Diraja, Ini Respons Jeslina Hashim

BERITA TRENDING: "Nyanyi Sikit Pun Dah Rasa Pedih" - Jeslina Hashim Dedah Punca Peti Suara Rosak

BERITA TRENDING: Sekian Lama Menyepi, Jeslina Hashim Tayang Boyfriend Baru

Pada 1 November tahun lalu, Tunku Eddy memuat naik sebuah hantaran meluahkan rasa bahagia bersama Jeslina dan memberitahu tarikh ulang tahun perhubungan mereka bakal bertukar pada tahun ini.
Untuk rekod, Jeslina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Micah, 16, dan Keira, 14 tahun.
Untuk info, Tunku Eddy merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tuanku Ja'afar dan Tunku Ampuan Najihah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Hiburan

Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

gempak
10/09/2024
08:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mencuri perhatian ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Hiburan

Penyanyi Tiba-Tiba Beremosi Lempar Mikrofon & Tinggalkan Pentas! Ini Cerita Sebenarnya...

gempak
10/09/2024
05:55 MYT
Penyanyi Gilga Sahid menjadi perhatian apabila aksinya melempar mikrofon ketika membuat persembahan di atas pentas di sebuah pusat beli belah di Cirebon, Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini.
Hiburan

Berjubah Gelap, Hantaran Isteri Hafiz Suip Cetus Perhatian – “Bismillah, Doa Yang Baik-Baik”

gempak
10/09/2024
04:55 MYT
Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip iaitu Nureffy Jesreel mencuri perhatian warganet di media sosial.
Hiburan

Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”

gempak
10/09/2024
02:06 MYT
Penyanyi dari seberang, Datuk Seri Rossa, mendedahkan anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan, tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo, merujuk semula sebagai suami isteri.