Jeslina Hashim Kini Menghitung Hari, Bakal Berkahwin Dengan Kerabat Diraja Dalam Masa Terdekat - “Majlis Akan Diadakan Di…”
Asyikin Mayudin
31/07/2024 23:55 MYT
31/07/2024 23:55 MYT
Teruja bakal bergelar isteri, penyanyi Jeslina Hashim memaklumkan dia akan melangsungkan pernikahan dengan Tunku Eddy Nasruan Adil dalam beberapa hari lagi.
Menghitung Hari
Jeslina ketika ditemui Gempak turut memberitahu segala persiapan menjelang hari perkahwinannya itu sudah siap sepenuhnya dan hanya menghitung hari sahaja.
“InsyaAllah, soon, one day. Persiapan semua dah siap, tunggu hari saja. Boleh kira dengan tangan,” kata Jeslina secara ringkas kepada Gempak.
Jeslina ditemui ketika menghadiri acara pertunjukan fesyen Arunsayfull X Poh Kong di KLFW 2024 yang diadakan Suria KLCC pada Rabu.
Memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi hari bahagia, Jeslina memberitahu tarikh yang dipilih tidak mempunyai simbolik yang istimewa selain ia akan diadakan secara tertutup.
Majlis Tertutup
“Majlis akan diadakan di Kuala Lumpur. Tiada simbolik apa-apa tapi hari itu merupakan hari ini yang terbaik untuk tetamu hadir.
“Majlis itu akan diadakan secara tertutup yang dihadiri keluarga saja,” ujarnya lagi.
Seorang Yang Disenangi
Ditanya mengenai keistimewaan bakal suami, Jeslina mengakui Tengku Eddy Nasruan Adil seorang yang baik dan disenangi ramai.
“He is so nice and I love him so much. Semua orang jumpa dia, semua sayang dia,” katanya.
Terdahulu, Jeslina dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga bersama kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan Adil selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Bakal Kahwini Kerabat Diraja, Ini Respons Jeslina Hashim
ARTIKEL BERKAITAN: "Nyanyi Sikit Pun Dah Rasa Pedih" - Jeslina Hashim Dedah Punca Peti Suara Rosak
Pada 1 November tahun lalu, Tunku Eddy berkongsi hantaran meluahkan rasa bahagia bersama Jeslina dan memaklumkan tarikh ulangtahun hubungan mereka bakal bertukar 'status' pada tahun depan.
undefined
Pada hantara sama, Tunku Eddy turut memuat naik gambar bersama Jeslina sambil menunjukkan sebentuk cincin di jari manis.
Untuk rekod, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga bersama Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005 namun bercerai pada Mac 2013.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Micah, 15, dan Keira, 13.