HOLLYWOOD

Jessica Simpson Minum Sperma Ular Demi Vokal Hebat

Maliah Surip 06/04/2025 | 11:56 MYT
Jessica Simpson mempunyai cara unik untuk menjaga kualiti suaranya. Simpson mengaku mengambil minuman yang merupakan sperma ular atas saranan guru vokalnya.

BERITA TRENDING: Peminat Salah Orang, Jessica Simpson Terpaksa ‘Jadi’ Britney Spears

Pendedahan itu dibuat menerusi video yang dikongsikan di akaun media sosial miliknya. Penyanyi itu menjawab persoalan yang ditanya oleh peminat selepas melihat Simpson meminum tonik herba yang kelihatan berbeza.
“Apa yang anda minum? Ia kelihatan seperti herba Cina,”tanya seorang peminat seperti dilaporkan E!News.
Penyanyi berusia 44 tahun itu kemudian menjawab: “Saya tidak tahu. Guru vokal menyarankan saya meminumnya. Selepas Google dan melihat ramuannya, ia mengandungi sperma ular.”
Tanpa menamakan produk yang diambil, penyanyi itu mengajak peminatnya untuk meminum sperma ular demi mendapatkan vokal atau suara yang baik.
“Jadi apabila anda mahu memiliki suara yang bagus, minum sperma ular. Rasanya seperti madu,” dakwanya lagi.

BERITA TRENDING: Jessica Simpson Dedah Undur Diri Dari Jadi Penyondol Seorang Aktor Popular

Simpson kembali aktif membuat persembahan pentas selepas 15 tahun tidak menyanyi.
#Hollywood #Ular #Vokal #Sperma #Jessica Simpson