“Jesus Is With Me”- Kongsi Perkembangan Sindrom Lumpuh Separuh Wajah, Justin Bieber Akui Lebih Dekat Dengan Tuhan
Syafiqah Jalal
15/06/2022 13:47 MYT
15/06/2022 13:47 MYT
Penyanyi popular pop antarabangsa, Justin Biebar akui dirinya lebih dekat dengan Tuhan selepas diuji dengan sindrom Ramsay Hunt.
Bieber memberitahu keadaannya kini bertambah baik dan percaya Tuhannya selalu ada dalam waktu sukar itu.
"Saya ingin berkongsi sedikit perasaan saya, ketika ini. Setiap hari dilalui, saya berasakan bertambah baik.
"Melalui segala ketidakselesaan ini, saya bertemu ketenangan menerusi Sang Pencipta. Saya bagaikan dijentik kesedaran bahawa Tuhan amat mengetahui segala-galanya mengenai saya.
"Dia tahu sisi gelap yang cuba dirahsiakan dan sentiasa bersedia mendakap saya dengan penuh kasih sayang. Kesedaran seperti inilah memberikan ketenangan, sekali gus mampu mengatasi segala kekalutan dihadapi, ketika ini.
"Saya percaya ribut melanda ini pasti akan berlalu, namun, Tuhan ada menemani saya pada saat ini," kata Bieber.
Penyanyi lagu Ghost itu berkongsi luahan hatinya menerusi Instagram (IG) Story miliknya semalam.
Minggu lalu Bieber mengejutkan semua apabila mendedahkan keadaan matanya yang tidak dapat berkelip dengan betul dan sukar tersenyum kerana mengalami sindram lumpuh separuh wajah.
Bieber yang memaklumkan perkara itu menerusi video di IG miliknya itu terpaksa membatalkan beberapa siri konsert jelajah yang sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu. Malah, Bieber mengumumkan berehat seketika bagi memulihkan penyakitnya itu.