Laman Utama
Jibam Oh My English Dah Kahwin! Tahniah Akhmal Nazri & Lisa AF2015
Pelakon dan pengacara Akhmal Nazri selamat mendirikan rumah tangga dengan bintang AF2015, Allyssa Joanne.
Berita gembira itu dikongsi Akhmal menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, semalam.
“31.12.2020. Ijab dan kabul. Alhamdulillah, selepas 4 tahun 15 hari, ku telah menemui Kunci Hatiku,” tulisnya.
Dalam pada itu, Allyssa atau lebih mesra dengan panggilan Lisa membuat coretan isi hatinya menerusi platform media sosial yang sama.
“Alhamdulillah Ya Allah untuk hari bahagia yang saya akan ingat sepanjang hayat. Kepada keluarga, terima kasih kerana merestui hubungan kami.
“Tanpa sokongan keluarga, kami tidak akan berjaya hingga sejauh ini. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran sewaktu pandemik, kami sangat bersyukur kerana berjaya menanganinya.
“Sedih, ya memang ada sebab keluarga saya jauh dari mata. Mampu tengok menerusi panggilan zoom sahaja. Namun perancangan Allah adalah yang terbaik. Insya-Allah kami akan bertemu kembali dengan keluarga saya nanti.
“Setelah empat tahun bersama, dengan pelbagai dugaan, akhirnya impian kami menjadi kenyataan. Di sebalik cabaran yang kami hadapi, saya bersyukur kerana pada akhirnya, kami akan kembali menemui satu sama lain
“Dan untuk lelaki yang saya panggil suami… Selepas segala dugaan macam roller coaster yang terbang dan menyelam dalam air, kita berjaya.
“Saya harap awak akan menjadi suami yang baik, setia di sisi saya buat selamanya walaupun dengan kekurangan saya.
“Moga awak pimpin saya untuk kita sama-sama buat yang terbaik untuk family kita. Saya juga berdoa supaya saya jadi yang terbaik untuk awak.
“Walau tak sempurna, tapi janji saya pada awak adalah saya tak akan berhenti memperbaiki diri sehingga akhir hayat kita. I love you very much my husband, AKHMAL,” coretnya.
Terdahulu, Akhmal telah melamar Lisa tahun lalu ketika mereka berkunjung ke kampung halaman bintang AF2015 itu di Bintulu, Sarawak.
Must-Watch Video