Jihan Muse is back! Inilah kejutan awal yang dapat disaksikan saat Gegar Vaganza (GV) musim ke-10 kembali ke layar kaca menerusi episod pertama malam ini.

Hos yang sinonim dengan jenama GV sebelum berehat pada musim lalu kini kembali menghangatkan pentas bersama dua rakan hos yang ‘huru hara’, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

Kemunculan semula Jihan membuat penonton yang berada di Auditorium MBSA, Shah Alam bersorak dan teruja. Apa lagi saat dia bersama Nabil dan Elly atau membahasakan dirinya sebagai Kak Lina Pom Pom berbalas pick up line.

GV 10 yang juga digelar All Stars Gegar Vaganza disifatkan musim paling ‘panas’, sengit, menarik dan luar biasa apabila menyaksikan sembilan juara GV sebelum ini kembali bertanding merebut gelaran ‘yang paling juara’ dalam kalangan mereka.

Mereka adalah Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).

Tidak cukup dengan sembilan peserta sedia ada, peserta yang diserap menerusi hot seat juga bakal membuat All Stars Gegar Vaganza menjadi musim yang paling epik.

Barisan juri masih diketuai Dato’ Ramli MS yang akan didampingi Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi ikonik Indonesia, Hetty Koes Endang.

‘All Stars Gegar Vaganza’ masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200, 000.

All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama dua belas (12) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.