Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Jihan Muse Kejung, Berubah Menjadi 'Startrek' Ketika Bertemu Siti Nurhaliza

Zulaikha Yusof 11/10/2018 | 01:14 MYT
Pengacara dan pelawak Jihan Muse mengakui dia merupakan peminat penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza semenjak tahun 1996.
Menerusi Instagram miliknya, Jihan telah memuat naik foto bersama Siti beserta kapsyen untuk tatapan pengikutnya.
Dalam kapsyen gambar terbabit, Jihan mendedahkan walaupun selalu berjumpa dan bekerja bersama Siti, tetapi apabila duduk berhadapan dengan Siti, dia akan berubah menjadi kejung.
Jihan memberitahu dia juga pernah menghadiri ujibakat menjadi penari joget lambak untuk program Ole-Ole Siti Nurhaliza.

S T A R S T R U C K . Terus jadi rupa STARTREK. Walaupun selalu jugak jumpa & kerja sekali tapi kalau bg duduk depan2 mcmni tetap saya kejung. Saya memang peminat @ctdk dari tahun 1996 masa tu form 1 dgr lagu aku cinta padamu kat dewan sekolah ada klon siti nurhaliza nyanyi. Sapa tah nama kakak tu. Lepas sekolah saya pernah pegi audition jd penari joget lambak tokti utk program ole-ole siti nurhaliza. Naik bas mini pink tiket 60 sen berenti kt pkns jalan kaki gi recording di plaza alam sentral menggigil lutut nak berzapin depan tokti. Cuba teka lps tu apa jadi..

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

Jihan juga mengaku lututnya menggigil apabila perlu berzapin di depan Siti.
Entri tersebut telah menarik perhatian Siti dan penyanyi lagu Anta Permana itu sempat meninggalkan komen.
"Comelnya," tulis Siti.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat keterujaan Jihan apabila bertemu dengan Siti ketika di program MeleTOP baru-baru ini.
#Jihan Muse #Siti Nurhaliza
;