,
Gegar Vaganza All Star

Jihan Muse Mohon Maaf Pada Azmi Saat!

Amri Hassan
18/10/2023
05:50 MYT
Hos All Stars Gegar Vaganza, Jihan Muse memaklumkan telah menghubungi Azmi Saat untuk memohon maaf secara peribadi pada Isnin lalu.
Jelas Jihan, dia tiada niat untuk menghina atau mempermainkan nama bapa Azmi ketika siaran langsung konsert keempat All Stars Gegar Vaganza.
"Assalamualaikum... mengenai isu segmen bersama @azmi_saat tempoh hari. Saya telah berhubung dan memohon maaf secara peribadi dengan beliau pada hari Isnin lalu.
"Tiadalah saya berniat untuk mempermainkan nama dan menghina seperti yang diperkatakan.
"Namun saya akui ia adalah kesilapan dari saya sendiri kerana tidak peka dan sensitif.
"Begitu juga dengan gurauan yg tidak bersesuaian yg telah dibuat. Ia tidak patut berlaku pada sesiapa pun," tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Justeru, Jihan mengambil pengajaran daripada insiden yang berlaku dan akan lebih cakna terhadap sensitiviti di sekeliling.
"Bagaimanapun ini adalah pengajaran buat saya untuk lebih peka dan berhati-hati.
"Saya terima segala teguran. Segala yang buruk dari kekhilafan saya sendiri.
"Diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi baik dari saya atau sesiapa saja. la bukan perkara yg boleh dinormalisasikan.
"Semoga kami dapat menyusun skrip dengan lebih baik selepas ini. Teruskan menonton dan menyokong ASGV. Terima kasih," tambahnya.
Terdahulu, pada konsert keempat Ahad lalu seusai Azmi membuat persembahan bersama Azharina, Jihan selaku hos program terbabit cuba berseloroh dengan mengajukan soalan memandu sendiri untuk datang ke konsert.
Malah, Jihan dan Nabil sempat berjenaka tentang nama bapa Azmi.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
BACA: GV10: “Terpaksalah Dijahit Celah Kangkang I Tu Sambil Berdiri” - Aishah​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.