Membawa watak Blair menerusi drama Gossip Girl Indonesia bukanlah mudah kerana karakter berkenaan cukup kuat dan berpengaruh besar.

Pun begitu, ia satu pencapaian membanggakan apabila pelakon Jihane Almira berjaya menghidupan watak Blair dengan cukup baik.

Namun, dalam pada anda menyaksikan lakonannya dalam Gossip Girl Indonesia, tahukah sebenarnya Jihane Almira adalah bekas ratu cantik?

Berikut merupakan lima fakta menarik tentang Blair aka Jihane Almira.

#1 Baru Berusia 22 Tahun

Siapa sangka dengan melihat wajahnya yang matang, pelakon ini baru saja berusia 22 tahun.

Model kelahiran Semarang, Indonesia ini dilahirkan pada 4 Februari 2000.

Pastinya, di usia muda membawakan watak ikonik antarabangsa Gossip Girl ini satu pencapaian cukup membangggakan.

#2 Blasteran Atau Hasil Kahwin Campur

Melihat wajahnya yang unik, Jihane Almira sebenarnya dilahirkan daripada keluarga campuran atau dalam bahasa Indonesia 'blasteran'.

Difahamkan, ibunya Nancy Chedid berasal daripada Jawa, namun ayah berdarah Lubnan.

Darah campuran timur tengah dan Indonesia yang mengalir dalam diri pelakon cantik ini membuatkan dirinya memiliki penampilan eksotik dan cukup unik.

#3 Tidak Suka Disamakan Dengan Kylie Jenner

Disebabkan memiliki bibir tebal, penampilan Jihane sering disamakan dengan selebriti terkenal Hollywood Kylie Jenner.

Biarpun bangga ada yang menyamakan dia dengan selebriti tersebut, namun Jihane tidak suka dengan gelaran sedemikian kerana dirinya tidak terlibat dengan mana-mana pembedahan plastik.

Semua yang dimiliknya adalah asli warisan orang tuanya.

#4 Juara Tinju

Jangan sangka cantik tetapi lemah ya! Jihane Almira mempunyai hobi dalam sukan tinju.

Jika anda melihat episod ketiga Gossip Girl Indonesia, kebolehan Jihane bertinju turut dipaparkan. Cukup hebat ketika hampir menentang Serena!

5. Jadi Model Sejak Kecil & Juara Miss Supranational 2021 (Kategori Kostum)

Karier Jihane Almira dalam dunia modelling sudah lama kerana dia sudah menjadi model ketika usianya baru 11 tahun.

Malah, dia pernah mewakili Indonesia untuk kejohanan Miss Supranational 2021.

Ketika itu, Jihane Almira tampil memukau dengan kostum 'The Dashing of Equus Coballus' yang diinspirasi daripada Kuda Nusa Tenggara Timur.

Apapun jika mahu melihat Jihane Almira membawakan watak Blairjangan lupa saksikan Gossip Girl Indonesia yang ditayangkan di On Demand serta Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam.

Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.