Penyanyi dan bintang Big Stage musim pertama, Andi Bernadee baru saja tampil dengan single terbaru berjudul Shimmy.

Single berkenaan turut dilancarkan bersama muzik video yang telah dimuat naik di YouTube rasmi Warner Music Malaysia.

Walaubagaimanapun, tidak sampai tiga hari dimuat naik, muzik video berkenaan telah dikecam hebat selepas didakwa menjatuhkan martabat wanita.

Menerusi satu posting oleh pemilik akaun Twitter dikenali sebagai Nana Nasri, muzik video Shimmy dikatakan agak lucah dan seksi terutamanya apabila memaparkan adegan mengigit leher.

"Muzik video lagu baru Andi jijik, lucah dan terlampau seksi. Jatuh martabat perempuan adegan gigit leher tu memalukan sebagai orang Islam," katanya.

Sementara itu, sesetengah netizen dilihat bersetuju dengan pendapat berkenaan.

Rata-rata mereka menganggap konsep yang dibawa agak keterlaluan.

Namun, terdapat juga sesetengah mereka yang menganggap kecaman tersebut hanya dilakukan buat mereka yang berfikiran negatif.

Untuk rekod, Shimmy merupakan single kelima Andi selepas popular dengan lagu Satu Peluang dan Donde sebelum ini.

Shimmy menampilkan unsur muzik Latin dalam susunan muziknya, sesuai dengan judulnya yang membawa maksud goyang.

BACA: 'Shimmy' Taruhan Terbaru Andi Bernadee, Ajak Pendengar Bergoyang!