Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Jijik! Mula-Mula Meraba, Bercium & Nak Buka... - JAIS Siasat Pasangan 'Gay' Buat Onar Dalam Surau

Syafiqah Jalal
27/10/2022 03:29 MYT
Kecoh dan tular semalam klip video yang memaparkan tindakan melampau dua lelaki yang didakwa pasangan 'gay' berkelakuan sumbang di dalam sebuah surau dipercayai di Pekan Banting, Kuala Langat.

Terbaharu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang melakukan siasatan lanjut berhubung penularan klip video berkenaan.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, beliau masih menunggu laporan penuh pegawainya di daerah tersebut.

Kita akan siasat lanjut. Saya tunggu laporan pegawai saya di daerah (berkenaan),” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! menerusi aplikasi WhatApps malam semalam

Terdahulu media melaporkan aksi melampau dua lelaki yang berjaya dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum tular di Twitter rasmi Info Kuala Langat.

Video berdurasi satu minit 50 saat itu memaparkan salah seorang daripada mereka mula meraba-raba rakan lelaki di sebelahnya.

Lelaki itu juga kemudian dilihat seolah-olah seperti mahu membuka seluarnya selepas dirakam mencium ‘pasangannya’ itu.

Sumber: Kosmo!

#Gay #JAIS #Surau #Pasangan #Siasat #Onar