Seorang peninju MMA mencetuskan kekecohan apabila ditahan polis baru-baru ini.

Peninju tersebut iaitu Donovan Salvato ditahan kerana dikatakan menggigit kerandut zakar rakan sebiliknya.

Difahamkan, tindakan jijik itu dibuat selepas kedua-dua mereka dikatakan telah berselisihan faham.

Menurut Daily Star, Salvato ditahan selama 12 jam oleh pihak polis Nashville selepas laporan dibuat oleh mangsa.

Mangsa yang dikenali sebagai Abel Sofabe memberitahu dia mengalami kecederaan pada alat sulitnya selepas digigit oleh peninju amatur itu.

Tidak cukup dengan itu, dia dipukul pada bahagian badan dan kepala sebelum Salvato menggigit seluarnya.

Walau bagaimanapun, Salvato menafikan segala dakwaan tersebut.

Malah, suspek mendakwa kecederaan alat sulit dialami mangsa berkemungkinan disebabkan terlanggar perabot.

Sekadar info, Salvadi mula mterlibat dalam perlawanan tinju pada Julai tahun lalu.

Sumber : Daily Star