Laman Utama
Jijiknya! Amber Heard 'Melepas' Tepi Jalan... Misteri Bau Busuk & Najis Bersepah Terjawab
Jijik! Itu yang boleh digambarkan tentang perilaku pelakon Hollywood Amber Heard yang didakwa berkelakuan tidak senonoh ketika berada di tempat awam.
Tular baru-baru ini apabila Amber dilihat membuang air besar di tepi jalan kawasan perumahan di Mallorca, Sepanyol, tempat baharu yang didiaminya demi mencari ketenangan.
Perbuatan itu sempat dirakam oleh jirannya yang kemudian memuat naik aksi tak senonoh itu di YouTube.
Dalam rakaman itu, bekas isteri kepada pesohor Johnny Depp dilihat dalam keadaan mabuk dan kemudiannya duduk mencangkung sambil membuka seluar untuk membuang air besar di lokasi tersebut.
"Dia (Heard) pulang ke rumah dalam keadaan mabuk pada malam kejadian, menjerit dan berteriakan dengan kuat. Jiran-jiran sudah mula membenci dirinya kerana selalu membuat kacau.
"Sejak kehadirannya ke sini, kawasan kejiranan kami sudah tidak lagi aman," kata salah seorang jirannya seperti dilaporkan media antarabangsa.
Terdahulu, penduduk kawasan terbabit pelik apabila kerap mencium bau busuk dan menjumpai najis merata-rata sejak Amber berpindah ke sana.
Sebelum ini, Johnny pernah mendedahkan Amber membuang air besar di atas katil namun wanita terbabit menafikan dakwaan itu dan menuduh anjing peliharaan mereka.
Must-Watch Video