Gaya Hidup

“Jika Ada Viral Terbaru Fasal Gula-Gula Ini, Ini Penulisan Sebenar Saya” – Pakar Diet Kecewa Kenyataan Ditokok Tambah

gempak
Fiza Kamarudin
13/02/2020
10:39 MYT
Sponsor Banner
“Jika Ada Viral Terbaru Fasal Gula-Gula Ini, Ini Penulisan Sebenar Saya” – Pakar Diet Kecewa Kenyataan Ditokok Tambah
Seorang pakar diet, Mohd Khairul Azuan kecewa apabila kenyataannya mengenai gula-gula Himalaya Salt yang sedang tular, ditokok tambah pihak tidak bertanggungjawab.
Khairul Azuan pernah memuat naik posting berkenaan gula-gula tular tersebut pada 22 Oktober tahun lalu di laman sosial Facebook (FB)nya.
Malangnya, kenyataan ditulis Khairul telah disalah tarsir sesetengah pihak sehingga ada yang mendakwa gula-gula Himalaya Salt boleh mendatangkan bahaya.
Tidak berdiam diri, pakar diet itu memuat naik semula posting tersebut tengah malam semalam (Selasa) serta menjelaskan itu adalah penulisan asalnya.
“Jika ada viral terbaru fasal Candy ni, ini adalah penulisan sebenar saya. Boleh baca kat sini. Kat page-page lain kebanyakannya menokok tambah dan kadang-kadang misleading dari apa yang saya mahu sampaikan. Terima kasih,” tulisnya.
Tahun lalu Khairul menerusi sebuah entri menulis info tentang gula-gula Himalaya Salt yang sesuai digunakan untuk bersukan atau kepada mereka yang aktif bersukan itu.
Himalaya Salt menurutnya, bukan untuk diambil sesuka hati seperti gula-gula biasa kerana kandungan sodiumnya yang tinggi. Tambah Khairul, dia hanya bertanggung jawab dengan penulisan yang dibuat di laman sosial FBnya sahaja.
"Saya tidak bertanggungjawab terhadap content yang ditulis di page atau blog yang bukan terus dengan saya. Kebanyakannya telah diedit dan diulas atas cara sendiri.
"Saya tidak akan komen atau bagi pendapat. Boleh baca perkongsian saya di wall Facebook saya direct untuk penjelasan lanjut.
Kalau ada sesiapa nampak post ni kat mana-mana mohon tag saya ya. Saya hanya bertanggungjawab atas apa yang saya tulis di wall FB saya sahaja," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live