Mengulas mengenai penundaan Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia yang sepatutnya berlangsung dua malam pada 27 Mac depan, Khai yakin apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

“Bagi saya, apa yang terjadi ada hikmah tersendiri. Saya percaya, jika Allah tak izinkan hari ini, Allah akan bagi yang lebih baik pada masa akan datang.

“Mungkin ini peluang untuk saya berlatih bagi memantapkan persembahan. Lagipun perkara ini ada kaitan dengan soal kesihatan dan keselamatan, jadi kita kena ambil langkah berhati-hati dan tidak boleh nak ambil mudah.

“Kita fikir positif sahaja,” katanya.

Terdahulu, konsert solo pertama penyanyi Luluh yang dirancang di Istana Budaya (IB) akhir bulan ini, terpaksa ditunda berikutan penularan COVID-19.

Dalam pada itu Khai turut berterima kasih kepada peminat kerana rasional ketika menerima berita mengejutkan itu.

“Kepada peminat, saya harap mereka dapat bersabar menunggu tarikh baharu konsert ini.

“Terima kasih kerana memahami situasi ini apabila tidak memberontak atau memberi tekanan kepada semua pihak. Insya-Allah, konsert ini akan diteruskan, bukannya dibatalkan,” katanya.

Rindu lakonan Khai Bahar dalam drama Satukan Rasa? Tunggu apa lagi muat turun aplikasi Astro Go di Apple Store dan Google Apps sekarang dan nikmati program kegemaran anda secara online!

Sumber: BHOnline