“Jika Bergejala...”- Tiada Lagi Status Kuning Kontak Kasual Di MySejahtera Kecuali…

Syafiqah Jalal
Mac 1, 2022 22:17 MYT
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ memaklumkan bahawa MySejahtera tidak lagi akan berubah status sekiranya seseorang itu menjadi kontak kasual kes positif Covid-19.
Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa individu yang menjadi kontak kasual hanya akan menerima notifikasi di aplikasi berkenaan.
“Sebelum ini apabila MySejahtera Trace atau Check-in mengesan anda sebagai kontak kasual kes positif Covid-19, status di aplikasi berkenaan akan bertukar kepada kontak kasual (kuning).
“Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri dan lakukan ujian kendiri,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Pengumuman tersebut mendapat reaksi positif daripada pengguna media sosial yang menyatakan ia langkah tepat bagi memudahkan rakyat.

Previously when MySJ Trace/Check-Ins detected that you were exposed to a +ve case, your risk status will change to Casual Contact (yellow). From today, your risk status will no longer change. You will get a notification instead. If you have symptoms, isolate and test. #TRIIS pic.twitter.com/QdRED1RU3Y

— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) March 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#MySejahtera #Kontak Rapat #Kontak Kasual