Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Jika Berlaku Kecederaan Di Set, Tak Wajar Pengarah Lepas Tangan,” - Iedil Dzuhrie Alaudin

Mya Amri
13/10/2022 08:45 MYT
Aktor Iedil Dzuhrie Alaudin mengingatkan semua pelakon agar peka dan mengambil serius tentang perjanjian dan kontrak yang ditawarkan untuk sesebuah naskhah lebih-lebih lagi berkaitan dengan isu keselamatan di set penggambaran.

Menurut Iedil, hal ini kerana babak stunt hanya boleh dilakukan sendiri sekiranya mendapat latihan yang betul dan cukup

“Memang sebenarnya aksi stunt lebih bagus jika pelakon sendiri yang lakukan. Ini kerana tidak perlulah pengarah melakukan rakaman berkali-kali.

“Namun begitu, jika pelakon tidak bersedia, jangan buat dan pengarah juga tidak perlu teruskan.

“Ini kerana babak yang melibatkan stunt ini hanya boleh dibuat dengan latihan yang cukup. Sebab itu penting untuk pelakon tengok semula kontrak. Segala insurans jika berlaku kemalangan,” katanya ketika ditemui Gempak.

Iedil ditemui di majlis pelancaran drama Ijab Kabut bertempat di Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Iedil juga juga merasakan adalah tidak wajar untuk mana-mana pengarah bersikap lepas tangan sekiranya berlaku kecederaan kepada pelakon di set penggambaran.

“Pengarah perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di set. Jika pengarah lepas tangan, itu salah.

“Sebab mereka yang sediakan lapangan untuk pelakon, maka mereka juga perlu menjaga kebajikan pelakon.

“Saya dahulu sebelum masuk berlakon adegan aksi, saya buat latihan selama sebulan. Jika tidak lakukan persediaan yang cukup, memang akan mengundang kecederaan,” jelasnya.

Terdahulu, pelakon Wafariena Roslan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan setelah mengalami kecederaan akibat dipaksa melakukan stunt untuk sebuah drama.

Wafariena mendakwa, pengarahnya mengambil langkah berdiam diri tanpa mengambil peduli mengenai kecederaan yang dialaminya.

#Cedera #Putra #Iedil Dzuhrie Alaudin #Shooting #Viu #Set Penggambaran #Cedera Set Penggambaran #Iedil #Ijab Kabut #Viu Originals
;