Hiburan

"Jika Gagal Patuhi PKPB, PKP Mungkin Diperkenalkan Semula" - Datuk Seri Ismail Sabri Beri Peringatan Supaya Patuhi SOP!

gempak
Hanafis Haris
12/05/2020
09:03 MYT
Sponsor Banner
"Jika Gagal Patuhi PKPB, PKP Mungkin Diperkenalkan Semula" - Datuk Seri Ismail Sabri Beri Peringatan Supaya Patuhi SOP!
Kerajaan memberi peringatan kepada semua bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak akan kekal terus sebagai PKPB, tetapi boleh kembali kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada fasa satu, dua dan tiga.
Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang media harian, hari ini.
Menurut Ismail Sabri, PKPB tidak mustahil diperketatkan semula sekiranya masih ramai yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan itu dijalankan.
"Ia tertakluk kepada kepatuhan rakyat yang kini menikmati sedikit kelonggaran daripada PKPB.
"Jika berlaku banyak ketidakpatuhan, bukan perkara mustahil jika kerajaan perkenalkan semula PKP asal (fasa satu hingga tiga) dan membataskan kembali pergerakan kita," katanya.
Menurutnya lagi, beberapa maklumat dan gambar memaparkan kesesakan yang berlaku di warung-warung sekitar Kampung Pandan semalam menunjukkan kegagalan orang ramai mematuhi SOP ditetapkan terutamanya dari segi penjarakkan sosial.
"Itu merupakan satu contoh keadaan seolah-olah orang ramai menganggap sudah tiada undang-undang dikuatkuasakan pada tempoh PKPB ini.
"Ramai menganggap PKPB ini sebagai kebebasan tanpa syarat dan ambil kesempatan untuk keluar beramai.
"Bagi saya lebih baik kita nikmati kebebasan bersyarat walaupun terdapat SOP perlu dipatuhi supaya di akhirnya kita dapat tamatkan PKPB ini," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live