Viral

"Jika Kita Asal ‘Kokdeang’ Pakai Je Baju Kurung Kedah” – Kenyataan Lelaki Ini Cetus Kemarahan Warga Kodiang!

gempak
Fiza Kamarudin
19/05/2020
09:55 MYT
Sponsor Banner
"Jika Kita Asal ‘Kokdeang’ Pakai Je Baju Kurung Kedah” – Kenyataan Lelaki Ini Cetus Kemarahan Warga Kodiang!
Dua hari lalu, tular seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan baju raya yang dibeli daripada jenama pereka seorang fesyen popular.
Disebabkan itu wanita tersebut telah membuat posting di laman sosial Facebook (FB) mengenai baju yang dipesan menerusi online tersebut, tidak sama seperti yang dipaparkan di ruang niaga.
Posting yang dibuat wanita tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet termasuk yang positif dan negatif. Mungkin kerana tidak mahu postingnya menjadi lebih kontroversi, wanita tersebut telah bertindak memadam posting yang mendapat ribuan komen dan perkongsian itu.
BACA: "Ni Baju Nak Pi Raya Ka Nak Pi Angkasawan?" - Pelanggan Jenama Tempatan 'Angin' Lihat Keadaan Baju Berharga RM329
Bagaimanapun, seorang lelaki yang juga pengusaha butik kecantikan dan pelamin telah memuat naik posting dilaman sosial FBnya dipercayai berkaitan dengan wanita terbabit.
Walaupun tidak berniat jahat, namun warganet telah menyerang lelaki yang menggunakan akaun Razz Cipta itu dan mendakwa sengaja menghina warga Kodiang. Menerusi posting tersebut, Razz telah menyebut tentang jika berasal dari Kokdiang tidak perlu berangan urban.
“Dengar khabar baju raya design ni viral gara-gara customer kata tak sama saiz... Abam Razz nak cakap satu perkara je...."jika kita asal KOKDEANG pakai je BAJU KURUNG KEDAH", tak payah nak acah-acah urban lifestyle ala budak PUBLIKA SOLARIS DUTAMAS laaa,” tulisnya.
Rata-rata warganet yang ‘menyerang’ Razz mempertikai kenyataan lelaki tersebut yang menggambarkan seolah-olah warga Kodiang seperti tidak tahu berfesyen dan itu merupakan satu penghinaan.
Malah disebabkan kenyataan ditulisnya ada yang mendakwa Razz ‘orang kuat’ pereka fesyen tersohor yang juga pengeluar baju tersebut.
Posting tersebut telah mendapat 1300 komen dan hampir seribu perkongsian walaupun belum 24 jam ia dinaikkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live