"Jika Masa Sudah Tiba, Dia Kirim Salam Untuk You" - Peminat Umur 10 Tahun Hidap Kanser Otak Tak Sempat Jumpa Fendy Bakry

Amri Hassan
Ogos 3, 2018 07:37 MYT
Hajat seorang peminat tegar Fendy Bakry berusia 10 tahun untuk bertemu aktor pujaannya tidak kesampaian apabila dijemput ilahi terlebih dahulu.
Menerusi kiriman mesej yang dihantar oleh wakil pesakit terbabit, berjumpa dengan Fendy menjadi salah satu daripada wishlist pesakit itu.
"I just share something with you, about a 10 years old girl who seriously admire you.
"She not my family member or even my patient, she just someone I know.
"Menariknya, this girl pernah cerita pasal you, macam mana dia betul-betul nak jumpa you face to face. Take picture with you.
"This girl had fighting brain tumor almost two years, mungkin you adalah salah satu wishlist dia.
"Dia pernah kata, jika ada hari esok, dia nak jumpa you. Saya tak tahu apa specialnya you pada dia sampaikan your photo ada dalam buku diari," tulis pengirim itu.
Budak perempuan itu telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.35 malam semalam dan sempat mengirimkan salam buat Fendy.
"Dia ada beritahu jika masa dia sudah tiba, kirim salam untuk you, mula-mula saya ingat itu hanya gurauan tapi hari ini ia terjadi," tambahnya.
Kiriman mesej itu turut disiarkan oleh Fendy yang turut melayangkan doa buat arwah pesakit itu.
Fendy mulai popular menerusi drama bersiri Mr. Grey awal tahun ini.
Bekas peserta Hero Remaja 2011/2012 itu bagaimanapun dilaporkan menghidap penyakit misteri pada April lalu dan pulang ke kampung halaman untuk bertubat.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @fendybakry
#Viral #Viral #Fendy Bakry #Kanser Otak