Penyanyi dan komposer, Amylea Azizan bersyukur kerana menerima peluang untuk terus berkarya dalam industri hiburan.

Pernah melalui episod suram dalam dunia hiburan, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ketiga ini gembira apabila penampilan semulanya dalam industri muzik mendapat perhatian ramai.

"Sejujurnya, apabila saya menerima peluang walaupun sedikit, saya dah rasa sangat bertuah. Semenjak tahun lalu, saya dah rasa sangat bersyukur dan bertuah kerana 'comeback' dalam industri hiburan mendapat perhatian ramai, malah saya berjaya menjejakkan kaki ke Anugerah Juara Lagu 33 pada awal tahun ini.

"Saya tak mahu berhenti.. Tapi, saya selalu menguar-uarkan kepada mereka yang banyak memberikan 'direct message' (DM) atau komen memberikan sokongan... Jika mereka betul-betul sokong lagu saya, mereka perlu tunjukkan.

"Sekiranya sekadar cakap sahaja, saya akan berkubur semula. Sokongan adalah caranya... Jika sokongan ditunjukkan secara konsisten, mereka terus berkongsi lagu saya di laman sosial, tingkatkan tontonan lagu itu, stesen radio boleh nampak lagu itu diterima, barulah kita boleh 'keep on doing it'.

"Bermula tahun lepas sehingga ke tahun ini, saya 'keep on investing', bukannya ada pulangan. Pulangan itu datang apabila mereka menyokong saya. Insya-Allah, kami akan terus berkarya," kata Amylea.

Amylea ditemui di majlis iftar bersama penyanyi-penyanyi lagu tema drama bersiri Nur di Meet & Dine, Sungai Long, Cheras baru-baru ini.

I LOVE OUR BACKDROP FROM @arttouchcreative ♥️ . #LIVEUPDATE IFTAR BERSAMA @indahruhaila / @amyleaazizan / @marshamilan / @idayuofficial 21st of MAY 2019 Venue: Meet & Dine Restaurant @meetanddine Sambal Padeh & Crips Padeh : @cuisine_ekimurra Backdrop & stand : @arttouchcreative & @hai_dinn_bunga Kek Batik : @sitisukarsihsamri Semperit : @jojohomemadecookies Kuih Klasik Original Kedah by Amylea IG: @crackbitee @amyleaazizan IMIA lipmatte IG: imia_hq @bellanurnabila_91 Famous Jerux Liur Leleh IG: @liurlelehhousehq Cookies: @sweettoothbuddy Chocolate: @doorgift_by_nurul Popcorn: @popandgo.gourmet Photography: @nazreen.amran @mhaakim_ Liveupdate: @_thex2 . . .

A post shared by #????? (@indahruhaila) on

IFTAR BERSAMA @indahruhaila / @amyleaazizan / @marshamilan / @idayuofficial 21st of MAY 2019 Venue: Meet & Dine Restaurant @meetanddine Sambal Padeh & Crips Padeh : @cuisine_ekimurra Backdrop & stand : @arttouchcreative & @hai_dinn_bunga Kek Batik : @sitisukarsihsamri Semperit : @jojohomemadecookies Kuih Klasik Original Kedah by Amylea IG: @crackbitee @amyleaazizan IMIA lipmatte IG: imia_hq @bellanurnabila_91 Famous Jerux Liur Leleh IG: @liurlelehhousehq Cookies: @sweettoothbuddy Chocolate: @doorgift_by_nurul Popcorn: @popandgo.gourmet ⠀ Photography: @nazreen.amran @mhaakim_ Liveupdate: @_thex2 . . .ootd @marshamilan by @nobrand.clothing

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on

Ucapan terima kasih tak terhingga pada semua fans yang hadir semalam iftar bersama saya, @amyleaazizan @idayuofficial & @marshamilan , ini baru sebahagian dah meriah ? Tanpa sokongan kalian, siapa lah kami. Thank you very much, love you! . tag your self? . #indahruhaila #pudar #iftarbersamapenyanyiostnur

A post shared by #????? (@indahruhaila) on


Selain Amylea, majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Marsha Milan, Idayu dan Indah Ruhaila.

Tambah Amylea, dia juga merasakan tekanan untuk menghasilkan lagu baru.

"Selepas sebuah lagu yang dicipta berjaya mendapat perhatian peminat, saya tak nafikan datangnya tekanan untuk menghasilkan lagu yang seterusnya.

"Apa yang boleh saya lakukan ialah untuk berusaha dengan lebih gigih bagi menghasilkan sesuatu yang berkualiti demi peminat yang sentiasa menyokong," katanya lagi.