Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Jika Perpisahan Menjadi Jalan Terakhir... Saya Akur & Reda" - Bella Astillah

Asraf Aided 27/02/2019 | 09:43 MYT
Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah akur dan reda jika perpisahan adalah jalan terakhir buat rumah tangga mereka.
Menerusi laporan BH Online, Bella menjelaskan dia tidak sangka suaminya itu akan mengulangi kesilapan lama.
"Jika perpisahan menjadi jalan terakhir untuk perkahwinan kami, saya akur dan reda.
"Saya tak sangka dia akan buat hal lagi, ingatkan dia sudah berubah, kali ini, dengan pelakon juga.
"Saya sudah tidak mampu untuk berselindung, sebab itu juga saya memilih untuk berkongsi cerita ini di Instagram, sebelum ini, saya maafkan dirinya dan memberikannya peluang namun, nampaknya dia tidak menggunakan peluang itu sebaik mungkin.
"Selepas ini, saya perlu berbincang dengan keluarga kerana apa sahaja keputusan mengenai rumah tangga kami, ia tetap membabitkan banyak hati," ujarnya.
Kontroversi sekali lagi tercetus apabila Bella mendakwa Aliff berhubungan dengan pelakon Oktavia Manrose dan telah ke kelab malam bersama.
Terdahulu, rumah tangga mereka terpalit dengan kontroversi apabila Aliff dikatakan menjalinkan hubungan bersama pelakon Afifah Nasir pada tahun 2017.
Namun, selepas kejadian itu, Bella memaafkan Aliff dan memberinya peluang kedua.
Sumber : BH Online
[BACA: "Sama-Sama Pergi Club, Menari-Menari Peluk & Mabuk" - Bella Astillah Tunjuk Bukti Aliff Aziz Curang Dengan Oktovia Manrose? ]
[BACA: Oktovia Manrose Kata Keluar Sebagai Kawan, Bella Astillah Pula Ada Bukti Video Kecurangan Aliff Aziz]
[BACA: "Kebenaran Sudah Reveal, You Should Clean Your Name Back" - Peminat Mahu Afifah Nasir Bersihkan Nama Dari Kontroversi Aliff Aziz, Ini Jawapan Tuan Punya Badan ]
#Aliff Aziz #Bella Astillah
;