Laman Utama
“Jika Tak Nak Vaksin Jangan Dilembukan Orang”- PU Syed Minta Suhaimi Saad Dapatkan Rawatan
Pendakwah bebas, PU Syed berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan ke atas bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad yang menggelarkan netizen sebagai lembu.
Kata PU Syed perlakuannya itu sudah melampau dan meminta Suhami untuk mendapatkan rawatan segera jika mengalami masalah kesihatan.
“Mohon @pdrmsia_official ziarah beliau..jauh sangat dah ni..
“Jika kurang sihat, dapatkan segera rawatan… Jika tak nak vaksin jangan dilembukan orang yang menerima vaksin..hiduplah dalam dunia kamu yang penuh kesenian tu,” katanya.
PU Syed berkongsi ketidakpuasan hatinya itu diakaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, PU Syed memuat naik paparan skrin artikel dari Astro Gempak terdahulu yang melaporkan berita mengenai Suhaimi.
Menerusi artikel tersebut Suhaimi bersetuju dengan pendirian sejumlah guru di Johor yang didakwa menolak vaksin kerana menganggap mereka tidak sama seperti kebanyakan netizen lain yang digelar bodoh seperti lembu.
Pun begitu, PU Syed telah menutup komen terhadap entri berkenaan dan tidak mahu menerima apa-apa ulasan dari pengikut laman sosialnya.
Must-Watch Video