Pelakon Enot meluahkan isi hatinya berkenaan kehidupannya bergelar seorang janda menerusi rancangan Mingguan Wanita di Astro Prima tengahari tadi.

Menurut Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, meskipun sudah lapan tahun berpisah, dia masih tidak berhasrat untuk mendirikan rumah tangga.

"Perkahwinan pertama saya bertahan selama lapan tahun, perkahwinan kedua pula juga bertahan dalam tempoh yang sama.

"Memang tiada dalam perancangan saya untuk mendirikan rumah tangga kali ketiga walaupun ramai yang masuk meminang, saya tak mahu tanggung biawak hidup," katanya.

Dalam pada itu, Enot turut mengatakan dia tidak perlu berasa takut untuk hidup berseorangan.

"Kita memang ditakdirkan hidup sendiri satu hari nanti, jadi mengapa harus takut, lagipun kita ada anak-anak, jika tiada anak, curahkan kasih sayang kepada binatang seperti kucing, mereka lebih memahami perasaan kita," tambahnya.

Terdahulu, Enot pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Noor pada 21 November 2008 dan bercerai pada Mac 2013.

Sebelum itu, dia juga pernah berpisah pada tahun 2006 dan mempunyai dua cahaya mata iaitu Adriana dan Ariana sebagai hasil perkahwinan pertamanya itu.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Mingguan Wanita yang bersiaran setiap hari pada jam 11.00 pagi di Astro Prima (105) dan Prima HD (121).