Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Jika Usia Mereka Lebih 60 Tahun, Bukan Wang Yang Mereka Perlukan" - Iesya Toh Kongsi Nasihat Sayangi Bapa

Asraf Aided
30/10/2020 13:45 MYT
Pengacara Iesya Toh berkongsi kata-kata nasihat mengenai kepentingan menyayangi seorang bapa.

Menurut Iesya, hanya mereka yang telah merasa kehilangan akan faham tentang rasa rindu tak berpenghujung yang dialaminya selepas pemergian bapa kandung dan bapa mertua.

Perkara itu dikongsi Iesya menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.

"Hanya yang merasai kehilangan akan faham erti rindu yang tiada penghujung. Hilang tempat bermanja, mengusik, tempat berkongsi cerita dan kekuatan.

"Hargai Abah/Ayah/Papa/Daddy/Abi anda selagi mereka ada, jika usia mereka lebih 60 tahun, percayalah mereka bukan perlukan wang ringgit lagi, tapi hanya masa dan kasih sayang kita.

"Anda tak perlu ragu-ragu kasih sayang mereka pada anak-anak, sebaliknya usia itu anda lah yang memberi sepenuh jiwa raga untuk mereka.

"Terima kasih Abah, Al-Fatihah, Sanny Toh Bin Abdullah & Muhamad Bin Sulaiman,"
tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Iesya tersentuh dengan perkongsiannya itu, ada juga yang menyedekahkan Al-Fatihah buat kedua bapa Iesya.

Hanya yg merasai kehilangan akan faham erti rindu yg tiada penghujung ? Hilang tempat bermanja, mengusik, tempat bkongsi cerita & kekuatan??? Hargai abah/ ayah/ papa/ daddy/ abi anda selagi mereka ada.. jika usia mereka melebihi 60tahun, percaya laa mereka bukan perlukan Wang ringgit lagi. Tapi hanya masa & kasih syg kite♥️ Dan anda tak perlu doubt kasih syg mereka pada anak2, sebaliknya usia itu anda laa yg memberi sepenuh jiwa raga utk mereka??? Terima kasih abah???????? Al-fatihah, Sanny Toh Bin Abdullah Hj Muhamad Bin Sulaiman

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on


Terdahulu, bapa Iesya, Allahyarham Sanny Toh meninggal dunia ketika menunaikan ibadah umrah pada Februari 2019, manakala bapa mertuanya, Allahyarham Muhamad menghembuskan nafas terakhir pada penghujung Ogos tahun ini.


#Pengacara #Iesya Toh