“Jilat Sampai Habis Licin” - Fazley Buktikan Manisan ‘Campak-Campak’ Ramai Peminat, Netizen Sokong Itu Adalah Seni
Azwa Rahman
06/06/2022 03:33 MYT
06/06/2022 03:33 MYT
Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mempertahankan hidangan pencuci mulut yang dihampar di atas meja atau lebih dikenali sebagai sweet table dengan sebuah persembahan ‘campak-campak’ yang memukau di hadapan pelanggan-pelangganya.
Menurut Fazley, hidangan yang dahulunya dikecam sebagai membazir dan meniru budaya barat itu mendapat sambutan yang hangat oleh pelanggan restorannya sampai habis licin.
“Campak-campak makanan? Setiap kali saya upload video “sweet table” ada ramai yang pertikai tentang pembaziranlah, tiru budaya baratlah, tak sopanlah, kotorlah, lepas tu siap tanya kena jilat meja ke?
“Namun mereka yang hadir depan mata, mereka menikmati ‘persmebahan’ ini dari mulanya muzik, menyusun potongan kek, kuih, pastries, melukis abstrak menggunakan krim dan sos, menabur serpihan macarons dan gula berwarna, hingga detik berebut manisan yang dah target dari mula dan menjilat jari kesan menggunakan tangan mengambil dessert ini semua sampai habis licin,” ujarnya menerusi satu hantaran video di laman Instagram.
Menerusi perkongsian berdurasi kurang satu saat itu menunjukkan Fazley melakukan persembahan ‘campak-campak’ pelbagai manisan di atas meja sambil ditonton oleh khalayak ramai.
Menjadi tumpuan dikala ramai yang merakamkan aksi melakukan sweet table tersebut, Fazley memaklumkan dia turut meletakkan pisang goreng dan aiskrim potong sebagai salah satu manisan di atas meja.
Dalam pada itu di ruangan komen, ramai juga yang mempertahankan hamparan pencuci mulut di atas meja tersebut sebagai seni makanan dan membangkitkan selera mereka.
“Ni namanya seni dalam makanan,” ujar seorang wargamaya.
“Haih bilalah dapat merasa ni,” komen seorang wargamaya.
“Dah nama pun sweet table, hasilnya menjilat meja la. Meja berlapik, guna akal logik la adoi,” sokong seorang wargamaya.
“Ini adalah seni, seni kulinari,” kata seorang wargamaya.
“Ini senilah. Orang yang tak pandai masak je suka kondem orang lain,” tegas seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih sebanyak hampir 211,000 tontonan daripada pengikutnya.