Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jim Carrey Jual Rumah Pada Harga RM126 Juta Sebab Mahu ‘Ubah Angin’

Maliah Surip
13/02/2023 14:39 MYT
Aktor yang cukup popular menerusi filem The Mask, Jim Carrey dilaporkan sedang menjual kediaman mewahnya pada harga mencecah RM126 juta.



Kediaman mewah berusia hampir 30 tahun tersebut memiliki lima buah bilik tidur, sembilan tandas yang didirikan di atas dua ekar tanah di kawasan kejiranan Brentwood di Los Angeles.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Wall Street Journal, Carrey mendedahkan mahu menjual kediaman itu kerana sudah tidak menghabiskan banyak masanya di sana.

“Saya mahu menikmati perkara lain,” kata Carrey yang kemudiannya merujuk kepada lagu milik David Bowie, Changes.

Terdahulu, rangkaian foto kediaman Carrey yang dipaparkan dalam CNN menarik perhatian peminat apabila dapat menyaksikan karya lukisan yang dihasilkan oleh pelakon itu.

Ia antaranya sebuah lukisan dengan judul Hooray We Are All Broken yang tergantung megah di salah satu sudut rumahnya serba sebuah lagi lukisan yang pernah muncul dalam dokumentari pendek pada 2017.

Selain berlakon, Carrey juga dikenali sebagai seorang pelukis dan pengukir.

#Hollywood #Rumah #Jual #Jim Carey
;