Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jiman Casablancas Meninggal Dunia

Gempak
28/01/2024 15:26 MYT
Bekas peguam, penasihat perhubungan awam dan ikon fesyen, Jiman Casablanca dilaporkan telah meninggal dunia pada Ahad malam.

Menerusi perkongsian teman rapat Jiman atau nama sebenarnya Muhammad Nizam Khamis, punca kematiannya akibat kegagalan jantung.



Tinjauan Gempak di media sosialnya turut dikirimkan ucapan takziah oleh pengikut dan teman rapat yang mengenali Allahyarham.

Jiman antara individu yang kerap menghiasi pentas fesyen tempatan dan terkenal dengan gaya estetik punk dan avant-garde.

Untuk rekod, bekas penuntut jurusan Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia itu merupakan Pengarah Komunikasi Tarik Jeans, Ketua Pengarang kandungan berita digital Common Affairs serta pengasas JCPR.

Sebagai penasihat perhubungan awam, Jiman pernah berkolaborasi dengan pelbagai jenama fesyen tempatan antaranya Zakwan Anuar, Pearly Wong, Fern Chua, Nusantara Denims dan banyak lagi.

Malah, Jiman pernah tersenarai antara 100 Individu Paling Berpengaruh di Malaysia oleh GetCraft.

Gempak masih cuba mendapatkan maklumat terperinci mengenai berita pemergian Allahyarham Jiman.

Semoga roh Allahyarham Jiman dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

;