Jimin BTS Terima Ugutan Bunuh

Amri Hassan
Ogos 10, 2018 10:03 MYT
Baru-baru ini, ahli kumpulan BTS, Jimin telah menerima ugutan bunuh melalui laman sosial Instagram (IG).
Ancaman itu mengugut untuk membunuh Jimin ketika persembahannya yang bakal diadakan di Amerika Syarikat pada bulan depan.
Susulan itu, pihak polis Los Angeles kini sedang menjalankan siasatan berhubung ugutan tersebut dan akan menjamin keselamatan setiap ahli BTS.
Pihak pengurusan BTS, Big Hit Entertainment mengeluarkan kenyataan berkata mereka akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk keselamatan anggota tersebut.
Ugutan bunuh yang diterima ini bukan kali pertama tetapi merupakan kali ketiga Jimin berhadapan situasi sama.
BTS dijadualkan mengadakan konsert di Staples Centre, Los Angeles pada 5 hingga 8 September ini sempena konsert jelajah album Love Yourself.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Metro Entertainment
#Kpop #Jimin BTS