Jinggo Sebak Pada Hari Pernikahan Anak - "Sorry, I Tak Dapat Teman You Macam Datuk Teman I Nikah ..."

Amri Hassan
Ogos 22, 2021 08:12 MYT
Suami kepada pelakon dan sutradara popular Sheila Rusly, Azman Yahya sebak ketika menghantar anak sulungnya, Uzair Haqimy ke gerbang pernikahan semalam.
BACA: "Allah Itu Sebaik-Baik Perancang" - Elisya Sandha, Uzair Haqimy Selamat Bernikah
Dalam sepotong video yang dikongsikan ketika mereka bersama-sama dalam kenderaan di luar pejabat agama, Azman atau popular dengan panggilan Jinggo turut memohon maaf dan mendoakan anaknya itu.
"Dah besar... This is the day. All the best, I'm so sorry sebab I tak dapat teman you macam datuk teman I nikah dengan mama you dulu. Just relaks, be yourself, you can do it," katanya.
Jinggo turut mengharapkan anaknya itu dapat menjadi seorang suami yang bertanggungjawab buat pasangan, Elisya Sandha yang dinikahinya petang Sabtu.
Usai majlis, Jinggo yang sedia menunggu di luar pejabat agama itu terus memeluk anaknya hingga hampir menitiskan air mata.
Elisya dan Uzair telah selamat bergelar pasangan suami isteri dalam majlis yang berlangsung dalam norma baharu mengikut SOP yang ditetapkan pada petang Sabtu.
Pelakon itu menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22 daripada pihak lelaki.
#Nikah #Sheila Rusly #Elisya Sandha #Jinggo #Azman Yahya #PKP #SOP #Uzair Haqimy