Laman Utama
Jiran Dengar Wanita Meraung Dibelasah Suami, Tolong Report Polis
Kisah keganasan rumah tangga tidak asing lagi, malah sering terpapar di akhbar atau media social, namun bagaimana jika ia berlaku dihadapan mata anda?
Seorang pengguna media social TikTok, mendedahkan ia benar-benar berlaku di kawasan kejiranan miliknya apabila terdengar suara seorang wanita meraung dan merintih meminta untuk seseorang berhenti memukulnya.
Pengguna akaun TikTok yang menggunakan nama @nurbby_ itu tidak berdiam diri malah memberitahu terus membuat laporan polis.@nurbby_ Dh bt report tnggu polis ja maiii..bpa kli dh bini dy kna pukoi bru ni berani nk bt report?##fyp ##fyppppppppppppp♬ original sound - ℳ????????
Menerusi satu lagi video TikTok miliknya dia merakamkan ketibaan kereta dan beberapa anggota polis yang hadir ke rumah jiran tersebut.
Terdengar suara wanita itu terus meminta tolong selepas menyedari kehadiran anggota polis tersebut.
"Dia pukul saya encik," rintih wanita tersebut.
Difahamkan menerusi cerita Nurbby, suami kepada jirannya itu telah pulang ke rumah dan memukul isteri sehingga wanita itu menjerit kesakitan.@nurbby_♬ original sound - ℳ????????
Perkara berkenaan juga bukan kali pertama berlaku dan sudah beberapa kali terjadi sehingga jiran tetangga berasa kasihan melihat wanita tersebut dan anaknya.
Must-Watch Video