Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Jiran Dengar Wanita Meraung Dibelasah Suami, Tolong Report Polis

Syafiqah Jalal 16/06/2021 | 04:32 MYT
Kisah keganasan rumah tangga tidak asing lagi, malah sering terpapar di akhbar atau media social, namun bagaimana jika ia berlaku dihadapan mata anda?
Seorang pengguna media social TikTok, mendedahkan ia benar-benar berlaku di kawasan kejiranan miliknya apabila terdengar suara seorang wanita meraung dan merintih meminta untuk seseorang berhenti memukulnya.
undefined
Pengguna akaun TikTok yang menggunakan nama @nurbby_ itu tidak berdiam diri malah memberitahu terus membuat laporan polis.
Menerusi satu lagi video TikTok miliknya dia merakamkan ketibaan kereta dan beberapa anggota polis yang hadir ke rumah jiran tersebut.
Terdengar suara wanita itu terus meminta tolong selepas menyedari kehadiran anggota polis tersebut.
"Dia pukul saya encik," rintih wanita tersebut.
undefined
Difahamkan menerusi cerita Nurbby, suami kepada jirannya itu telah pulang ke rumah dan memukul isteri sehingga wanita itu menjerit kesakitan.
Perkara berkenaan juga bukan kali pertama berlaku dan sudah beberapa kali terjadi sehingga jiran tetangga berasa kasihan melihat wanita tersebut dan anaknya.
#wanita #Suami #Isteri #Polis #Pukul #Jiran #Belasah #meraung
;