,
Berita

Jiran Telefon Minta Maaf, Beritahu Anak Dia Yang Letak Racun

Gempak
10/07/2024
07:25 MYT
Jiran kepada dua beradik yang kritikal selepas makan keropok yang disyaki mengandungi racun tikus ada menghubungi ibu kepada mangsa pada malam Selasa.
Nurain Hasnorizal, 25 berkata, ibu kepada jirannya itu menghubunginya pada jam 10 malam untuk meminta maaf terhadap kejadian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Akil Syauqi Meninggal Dunia Termakan Keropok Mengandungi Racun Tikus

"Jiran ada telefon, 10 malam tadi (Selasa). Mak dia telefon minta maaf semua, beritahu anak dia yang letak racun tu. Saya kata tak apa lah, benda dah jadi, nak buat macam mana.
“Saya tak tahu nak kata apa, harap benda yang baik-baik saja. Saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh dalam keadaan macam ini.
“Kadang-kadang mak saya telefon pun (saya) tak sempat nak angkat sebab ada di dalam wad," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Nurain berkata, dia juga reda apabila orang ramai menyalahkan dirinya dalam kejadian berkenaan.
"Biar la apa orang nak kata dalam tu (media sosial), kita saja tahu apa yang sebenarnya berlaku. Orang komen-komen saja, mereka tak tahu.
"Anak saya hanya bermain di luar rumah saja, kita tak biar anak-anak," tambahnya lagi.
Sebelum ini, Nurain dilaporkan berkata, dia masih tidak dapat memikirkan tindakan seterusnya terhadap jiran kerana ingin menumpukan perhatian kepada kedua-dua anaknya itu terlebih dahulu.
Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, sebelum ini dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.
Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil peket keropok yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun yang bertujuan bagi perangkap monyet.
Kejadian itu disedari ibu mangsa pada jam 11 pagi di rumah sebelum membawa kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun pagi Rabu, Muhammad Akil Syauqi dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).
Sumber - Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Polis Buru Lelaki Gemar Buang Air Besar Di Laluan Jiran

gempak
23/09/2024
23:13 MYT
Polis Britain masih memburu seorang lelaki yang gemar membuang air besar di laluan milik jirannya.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Berita

Wanita Mengaku Tidak Bersalah Gigit Hidung Jiran

gempak
23/08/2024
15:55 MYT
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan 6 September depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Berita

Keropok Beracun: Lelaki Dipercayai Pemilik Pebun Direman Enam Hari

gempak
11/07/2024
03:25 MYT
Seorang lelaki direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak yang disyaki makan keropok beracun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di sini pada Khamis.
Berita

Akil Syauqi Meninggal Dunia Termakan Keropok Mengandungi Racun Tikus

gempak
10/07/2024
03:16 MYT
Seorang daripada dua beradik yang kritikal selepas termakan keropok yang disyaki mengandungi racun tikus meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) pada pagi Rabu.
Unitar