Jirus Air Cium Kaki Lelaki, Babak Lakonan Ellie Suriaty Dalam 'Ayat Dari Langit' Jadi Bualan Ramai!

Amri Hassan
April 16, 2021 09:40 MYT
Aksi pelakon prolifik Ellie Suriaty menjirus air dan mencium kaki seorang lelaki menjadi bualan ramai di media sosial.
Babak berani yang dilakonkan Ellie dalam telefilem terbaharu berjudul Ayat Dari Langit itu antara lainnya turut menjadi perdebatan ramai.
Malah, tidak kurang juga yang memuji kehebatan lakonan Ellie yang sanggup melakukan apa sahaja watak dan babak yang diberikan.
Selain adegan mencium kaki itu, dialog yang menghalalkan zina antara Ellie dan Puteri Sarah Liyana turut meraih perhatian netizen.
Beberapa adegan menarik telefilem Ayat Dari Langit itu dikongsikan di akaun Instagram Bambam Studios sejak beberapa hari lalu.
Ayat Dari Langit mengisahkan kehidupan Ustaz Muiz dan isterinya yang mengajar ajaran sesat dan mahu pengikutnya mengikut telunjuk mereka.
Lama kelamaan membuatkan pengikutnya bernama Kamal mula rasa sangsi.
Ayat Dari Langit dibintangi oleh Adlin Aman Ramlie, Ellie Suriaty, Puteri Sarah Liyana, Kodi Rasheed, Rahim Jailani, Ismail Yaakob dan ramai lagi.
Saksikan telefilem 'Ayat Dari Langit' arahan Rashid Sibir pada 17 April 2021, Sabtu jam 9 malam hanya di Astro Citra.
#Viral #Ellie Suriaty #Adlin Aman Ramlie #. #Puteri Sarah #Telefilem #Ayat Dari Langit #Cium Kaki