JMC: Riya Hamil, Zaf Pula Alahan Teruk! Mengada-Ngada Bila Dah Sakit... Makan Pun Nak Kena Suap
Amri Hassan
22/04/2022 06:37 MYT
22/04/2022 06:37 MYT
Ego tu tak bawa kemana! Itulah yang berlaku kepada Zafran (Remy Ishak) sepanjang minggu ini.
Selepas selamat bergelar suami isteri, Riya (Amyra Rosli) akhirnya hamil namun kedua-duanya masih meragui isi hati masing-masing.
Lucunya, Zaf pula yang terpaksa menahan alahan teruk sepanjang Riya berbadan dua. Dimana-mana saja, baik di rumah atau pejabat, Zaf mual-mual sampai loya tekak orang sekeliling!
Tapi paling sweet apabila Riya yang sentiasa berlapang dada itu pula yang merawat dan menjaga Zaf sepanjang sakit, demam dan alahan.
Paling sweet apabila Riya sendiri datang ke pejabat Zaf untuk membawakan bekal kepada suami tercinta. Mengada-ngadanya Zaf bila Riya nak suap dia sengaja pura-pura makin sakit.
Jangan Menangis Cinta pada minggu ini terus memaparkan pergolakan emosi Zaf dan Riya yang kini sedang berbadan dua.
Riya mendapat tahu Zaf tidak ikhlas berkahwin dengannya dan minta dilepaskan. Namun ketika Zaf mengalami alahan teruk dan dijaga rapi Riya, bibit-bibit bahagia mula berputik.
Zaf cuba memenangi semula hati Riya yang sedang merajuk di rumah Mak Yang.
Lebih mendebarkan apabila Riya disabotaj oleh Nek Tuk, Puan Sabrina dan Dina dengan cuba memfitnah Riya melakukan perkara tak senonoh dengan Hariz.
Agak-agaknya apa yang bakal terjadi pada minggu hadapan?
Jangan ketinggalan menonton drama bersiri Jangan Menangis Lagi di slot Megadrama pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria.