Pelawak, Mamat Sepah mengimbas kembali kenangan manis detik pertemuan bersama isterinya, Nordiana Ibrahim.

Mamat berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Mamat, pertemuan mereka tujuh tahun lalu bermula di sebuah balai polis yang terletak di Shah Alam.

“Tujuh tahun yang lalu, 8 November 2016. Pertama kali aku pergi balai polis Shah Alam untuk urusan tarik kes pergaduhan adik aku antara penyokong JDT dan Selangor. Hari yang sangat aku marah, memang sangat-sangat marah.

“Melintas seorang polis wanita di depan aku dan berhenti tegur aku 'awak Mamat Sepah kan?' Aku angguk dan berbincang sedikit tentang apa niat aku ke balai,” coretnya.

A post shared by MamatNana®️ (@mamatsepah)

Tambah Mamat lagi, isterinya itu banyak membantu memudahkan urusan di balai polis dan dia kemudiaanya membalas pertolongan itu dengan sebuah perkahwinan.

“Dan dia bantu aku untuk permudahkan urusan ku. Di situ bermula segalanya dan aku 'balas' pertolongannva dengan pernikahan selepas empat tahun berkenalan.

“Terima kasih Allah dengan pertemuan dan jodoh ku ini,” tulisnya.

Terdahulu, Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad berkahwin dengan Diana yang merupakan anggota polis bertugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu pada 1 Mac 2020.

Mamat dan Nordiana terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 2018.