Anggota kumpulan EXO Kai, 24, dan Jennie BLACKPINK, 22, mengambil keputusan untuk berpisah selepas empat bulan bercinta.

Berita itu disahkan oleh syarikat pengurusan Kai, SM Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

“Kai dan Jennie telah berpisah dan bukan lagi pasangan kekasih. Kami juga tidak tahu bila tarikh mereka berpisah atau puncanya,” jelas wakil SM secara ringkas.

Dalam pada itu, menerusi laporan eksklusif SBS funE, pasangan ini memilih untuk memberikan fokus kepada kerjaya.

“Kai dan Jennie akan memberikan yang terbaik untuk kerjaya dan mereka berdua juga saling bersetuju untuk menyokong antara satu sama lain,” kata sumber.

Terdahulu, Kai dan Jennie telah menjalinkan hubungan cinta sejak Oktober 2018.

Hubungan pasangan ini kemudiannya didedahkan secara eksklusif oleh portal eksklusif terkenal Korea, Dispatch pada awal tahun ini.

Sumber: Allkpop, Koreaboo