Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jodoh Tak Panjang, Hubungan Cinta Shawn Mendes & Camila Cabello Putus Di Tengah Jalan

Izwan Isa
18/11/2021 14:50 MYT
Nampaknya, hubungan yang didakwa sebagai gimik pelaris lagu antara Shawn Mendes dan Camila Cabello putus di tengah jalan apabila kedua-dua penyanyi itu mengumumkan tentang perpisahan mereka di Instagram.

Menerusi kemas kini berkenaan, sungguhpun mereka memutuskan untuk membawa haluan masing-masing, namun kasih sayang yang ada pada diri masing-masing kekal utuh berbanding masa mereka bersama sebelum ini.



“Hi semua, kami memutuskan untuk menamatkan hubungan romantik kami tetapi kasih kami terhadap satu sama lain sebagai manusia semakin kuat.

“Kami mulakan hubungan ini sebagai kawan baik dan akan terus menjadi sahabat baik. Kami sangat menghargai sokongan yang diterima daripada mula sehingga ke hari ini,” ujar mereka.

Untuk rekod, Shawn dan Camila mula berpacaran pada Julai 2019 tidak lama selepas klip video bagi lagu Senorita diterbitkan.

Pada musim panas yang lalu, kedua-duanya dilihat meraikan ulang tahun kedua mereka di sosial media dan terkini, mereka turut merayakan sambutan Halloween bersama.

Sebelum ini, menerusi rancangan Entertainment Tonight, Shawn pernah memberitahu tentang bagaimana rapatnya dia Camila sebagai seorang sahabat dan keputusan untuk tidak mengikat tali pertunangan dalam keadaan yang tergesa-gesa.

“​​Dia merupakan salah seorang kawan baik saya sejak saya berumur 15 tahun. Saya tahu kami masih muda jadi saya tidak mahu melakukannya dalam keadaan yang tergesa-gesa.

“Tetapi saya rasa apabila kamu bertemu orang yang sesuai dengan kamu, kamu tahu bahawa kamu telah menemui orang yang tepat,” katanya.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

;