Laman Utama

Jodoh Tak Panjang, Ikatan 10 Tahun Perkahwinan Yasmin Hani & Suami Terlerai!

gempak
Hanafis Haris
03/12/2021
13:26 MYT
Sponsor Banner
Jodoh Tak Panjang, Ikatan 10 Tahun Perkahwinan Yasmin Hani & Suami Terlerai!

Ikatan rumah tangga yang dibina lebih 10 tahun antara pelakon Yasmin Hani dan suaminya Sha’arin Mohamed Razali terlerai apabila mereka disahkan bercerai.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Yasmin menerusi satu hantaran di Instagramnya, sebentar tadi.

Menurut Yasmin, mereka sudah dapat melaksanakan apa yang telah dipersetujui bersama.

“Kami berdua setuju yang kami akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

“Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi.

“Kami betul-betul harap semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan kami ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami,” katanya.

Tambahnya, dia juga mahu mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagian mereka.

“Walaupun kami memilih untuk hidup berasingan, kami tetap satu keluarga bahagia dan secara tak langsung juga hubungan kami lebih rapat.

“Kami masih berkongsi ikatan kerana Noad dan Eissa. Kami adalah ibu bapa yang pertama dan terpenting dan kami meminta ruang dan privasi kami dihormati,” katanya.

Susulan daripada positng itu, ramai peminat termasuk rakan artis turut meninggalkan komen dengan menitipkan doa yang terbaiik buat kedua-dua pasangan itu.

Sekadar info, Yasmin Hani dan Sha'arin berkahwin pada 2011.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024