Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Jodoh Tak Panjang.. Nadia Brian & Suami Sah Cerai Talak Satu

Zulaikha Yusof 05/04/2021 | 12:29 MYT
Pelakon Nadia Brian, 31, mengesahkan dia dan suami Muizz Nasruddin sudah bercerai talak satu, pada Jumaat lalu.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi ketika dihubungi berkata dia berada dalam keadaan yang baik.
"Muizz sudah lafazkan cerai kelmarin tepat pukul 8.20 malam.
"Penceraian kami dilafazkan di luar mahkamah seperti yang diminta bekas suami.
"Dah selesai semuanya. Alhamdulillah saya okey," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelakon filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda menyatakan fokusnya selepas ini adalah pada kerjaya seni dan keluarga terutama ibu dan nenek.
"Sekarang nak lebih fokus pada kerjaya dan keluarga. Saya nak jaga ibu dan nenek.
"Nenek ada lagi jadi kena berbakti lebih pada orang tua," katanya lagi.
Sebelum ini, menerusi sebuah laporan media, Nadia mengesahkan suaminya, Muizz sudah memfailkan perceraian di mahkamah.
Isu pergolakan rumah tangga pasangan terbabit hangat diperkatakan sejak Oktober lalu.
Lebih mencetuskan tanda tanya, Muizz turut mendedahkan Nadia didakwa berlaku curang terhadapnya.
Nadia dan Muizz diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 November 2019.
#cerai #Nadia Brian #Muizz Nasruddin #Talak Satu
;