Penyanyi popular Hollywood, Joe Jonas telah menyambut ulang tahun kelahirannya pada 15 Ogos minggu lalu.

Meskipun tarikh sebenar hari lahir Joe berlangsung pada minggu lepas, isterinya, Sophie Turner telah memberi kejutan dengan menguruskan sebuah majlis bertemakan 007 (filem James Bond) untuk meraikan hari istimewa suaminya itu dua hari lalu.

Menerusi sebuah entri di Instagram, Joe mengucapkan terima kasih kepada Sophie dan berkongsi beberapa foto menarik yang diambil sekitar majlis sambutan hari lahirnya itu.

"Terima kasih kerana merancang dan menguruskan majlis untuk sambutan hari lahir saya," tulis Joe ringkas sebagai kapsyen.

Thank you babe for throwing me the most epic bond themed 30th birthday ?? here’s a few pictures before the ?

A post shared by J O E J O N A S (@joejonas) on


Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Joe di seluruh dunia turut mengucapkan selamat hari lahir buatnya.

Joe merupakan salah seorang ahli kumpulan Jonas Brothers yang turut dianggotai oleh dua adik beradiknya, Kevin dan Nick Jonas.

Kumpulan yang pernah menjadi kegilaan ramai itu kini membuat kemunculan semula di persada hiburan Hollywood dan masih diminati seperti zaman awal kemunculan mereka.