Filem komedi terbaru arahan Mamat Khalid iaitu Manap Karaoke telah memasuki hari ke sembilan tayangan di Astro First, saluran 480.

Sejak hari pertama ditayangkan, rata-rata penggemar filem tempatan menyukai filem ini secara keseluruhan.



Tidak kurang juga ramai yang memuji kualiti lakonan barisan pelakon yang hebat dan meninggalkan kesan dalam jiwa penonton.

Berdasarkan tinjauan Gempak di laman YouTube, ada penonton yang memuji lakonan Joey Daud dan menyamakannya dengan pelakon Hong Kong, Stephen Chow.

Ia kerana elemen kelakar yang ada pada lakonan Joey dianggap sangat hebat dan boleh disamataraf dengan aktor antarabangsa itu.







Bagi anda yang masih belum menonton Manap Karaoke, filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Manap yang membuka perniagaan karaoke bergerak.

Namun, perjalanan Manap tidak semudah yang disangka kerana pelbagai cabaran dan dugaan akan dihadapinya.

Apa yang pasti, terdapat banyak kisah lucu menanti anda dalam filem ini.

Selain Joey, Manap Karaoke turut menampilkan lakonan hebat dari Ropie, Pekin Ibrahim, Mona Allen dan ramai lagi. Jangan lupa untuk mendapatkannya di Astro First, saluran 480 sekarang!