HIBURAN
Jofliam & Dewi Bercuti, ‘Glamping’ Mewah Di Sebelah Hutan Misteri Aokigahara, Jepun – “So far, Tak Ada Hantu Pun”
Pempengaruh dan usahawan Piza Wagyu, Jofliam berkongsi pengalamannya bercuti bersama isteri, Emira Delyati atau Dewi.
Glamping mewah di lokasi misteri
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Jofliam memaklumkan dia kini bercuti di salah satu tempat dalam senarai ‘wishlist’ miliknya iaitu kawasan pergunungan Fuji, Jepun.
Menurut Jofliam, apa yang lebih mengujakan dalam percutiannya ini adalah pengalaman mereka menginap di glamping mewah berdekatan lokasi penuh misteri, Aokigahara iaitu hutan yang cukup dikenali sebagai tempat ‘berhantu’ dan penuh kisah tragis.