HIBURAN
Jofliam Kongsi Video Cik Epal 'Bergelut' Dengan Dewi - “Tiba-Tiba Menggila, Buat Anak-Anak Takut Menjerit”
Drama antara pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam, semakin memuncak apabila Jofliam memuat naik sebuah video baru di media sosial, memperlihatkan suasana tegang di rumahnya yang melibatkan Cik Epal dan isteri baharunya, Dewi.
Dalam video tersebut, Jofliam mendakwa Cik Epal bertindak agresif ketika hadir untuk mengambil barang-barangnya.
Menerusi kapsyen yang ditulis pada video itu, Jofliam turut mendakwa bekas isterinya itu telah melanggar privasinya dengan bertindak berlari ke aras satu rumahnya.
“Munirah (Cik Epal) berlari ke level 1 dengan melanggar privacy. Mencampak dekorasi rumah, menjerit-jerit di depan anak-anak saya yang berada di level 1. Dari aman, tenang-tenang dia buat hal. Tiba-tiba menggila, buat anak-anak takut menjerit. Dia tak console langsung anak-anak, dia buat tak tahu je kat anak-anak.”tulisnya.
Rakaman itu turut menunjukkan Cik Epal terbaring di lantai rumah, manakala Dewi kelihatan menjerit kepada Cik Epal dengan berkata, “This is my house!”, sekaligus menunjukkan bahawa keadaan di antara kedua-dua wanita itu cukup tegang.
Pendedahan Jofliam ini mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.
Ada yang mempersoalkan tindakan Cik Epal, manakala sebahagian lain mempertikaikan cara Jofliam dan Dewi menangani situasi yang melibatkan anak-anak kecil.
Sebelum ini, Cik Epal juga telah berkongsi video dari perspektifnya sendiri, mendakwa dirinya dicakar sehingga mengalami kecederaan di bahagian mata ketika insiden di rumah tersebut.
Setakat ini, kedua-dua pihak dilihat saling berkongsi bukti masing-masing di media sosial, dan situasi ini dijangka terus menjadi perhatian ramai dalam masa terdekat