HIBURAN
Jofliam Makin Terbuka Kongsi Hubungan Dengan Dewi, Siap Gelar ‘Bidadari Abang’
Usahawan sensasi, Jofliam, mencuri perhatian warganet apabila semakin terbuka berkongsi mengenai hubungannya dengan Dewi.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram Story Dewi, Jofliam tanpa segan menggelarkan Dewi sebagai bidadari miliknya.
“Bidadari abang” tulis Jofliam ringkas.
Ungkapan romantis tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, dengan rata-rata gembira melihat kebahagiaan pasangan itu.
“Cantiknya bidadari abang Jo.
“Cute, semoga yang baik-baik untuk Dewi for the next chapter.
“Untung ada abang.
“Untung laa jadi bidadari abang,” komen netizen.
Terdahulu, Jofliam telah mendirikan rumah tangga bersama Cik Epal dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang bernama Han dan Yuki.
Rumah tangga mereka walau bagaimanapun bergolak selepas Jofliam didakwa curang dengan pembantu peribadi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukannya, Pizza Wagyu Jofliam.
Pasangan itu bagaimanapun berpisah setelah sedekad melayari bahtera perkahwinan bersama.