HIBURAN
Jogging Sama-Sama, Netizen Teruja Lihat Syed Saddiq Luang Masa Dengan Ayden - "Bella Tak Ada Pun,YB Tetap..."
Seorang wanita yang sedang berjoging di sebuah taman rekreasi berkongsi momen sewaktu terserempak dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang turut bersenam di lokasi sama.
Menerusi perkongsian video di media sosial, wanita tersebut tidak dapat menahan keterujaannya apabila menyedari figura politik muda itu sedang berjoging berhampiran dengannya.
Namun apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah kehadiran anak kepada penyanyi terkenal Bella Astillah, Ayden Adrean, yang turut serta dalam sesi riadah itu.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa gembira apabila dapat melihat momen tersebut.
“Ayden & Daddy Saddiq jogging sama,aww..Bella tak ada pun,YB tetap spend time dengan Ayden. Ish sweet gila lah.
“Maknanya YB bawak Ayden jogging walaupun Bella tiada di KL.
“Comelnya Ayden jogging sekali. Macam family outing,” tulis beberapa pengguna TikTok.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 200,000 tontonan di platform TikTok.